Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

‘Pinggul Fasha menggoda’



KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.
Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.

Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum.
Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.

Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus), Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus).

FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah, Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah, Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian ‘5 Artis Paling Seksi’ ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.

Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan.

“Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.

“Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda,” katanya.

Dalam senarai lima artis paling seksi pada mata Fauzi, selain memilih Fasha Sandha sebagai artis paling sesuai dengan jolokan itu, dia turut memilih Tiz Zaqyah, Faradhiya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz.

Bagi Muhammad Ashraf, 36, dia meminati Fasha bukan saja kerana paras rupa pelakon berkenaan, bahkan daripada segi penampilan serta cara percakapan yang cukup menggoda dan manja.

“Apabila Fasha tampil di kaca televisyen, gaya pertuturannya berada dalam kelas tersendiri. Dia memang menggoda dan manja, lelaki yang mengenalinya mesti cair.

“Apapun, bagi pendapat saya, artis seksi tidak semestinya dinilai daripada segi kecantikan dan cara berpakaian. Seperti Nasha Aziz, dia tidak perlu berpakaian seksi tetapi dirinya itu sendiri secara semula jadi sudah seksi,” katanya yang memilih Fasha Sandha, Nasha Aziz, Maya Karin, Faradhiya dan Sarimah Ibrahim sebagai artis paling seksi.

Selain itu, Nur Farahliza Azman, 29, pula berpendapat pemilihan Fasha di kalangan pembaca Harian Metro mungkin disebabkan dengan gosip panas yang menaikkan namanya kebelakangan ini. Bagi Farah, artis paling seksi sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan.

“Pada pendapat saya, Rozita lebih seksi dan tubuh badannya lebih menggiurkan lelaki. Saya yang juga seorang wanita mengimpikan untuk memiliki tubuh badan sepertinya.

“Namun, secara jujur, istilah seksi tidak terletak kepada tubuh badan dan pakaian semata-mata sebaliknya ia perlu diukur daripada pelbagai segi seperti gaya percakapan, cara berpakaian dan sebagainya.

“Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif,” katanya.

MyMetro masih mengekalkan undian ‘5 Artis Paling Seksi’ dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my.

Sabtu

Di manakah Anwar Ibrahim?





KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:
Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."

Keratan blog http://novandri.blogspot.com

Isnin

Salma, Pedulikan Orang Kata Tak Cantik!


Ai bukan apa, Ai malam tadi memang tak sempat tengok Mentor 5. Tapi, pagi ini Ai bangun tidur terus tengok youtube, cari video persembahan Salma semalam. Nasib baik, ada juga orang yang rajin upload, terharu Ai!
Daripada apa yang Ai dengar, semalam Salma menangis sebab ada orang kata muka dia tak lawa. Tapi bagi Ai, muka tu tolak tepi, janji vokal mantap. Tak guna juga kalau muka lawa, tapi pitching entah kemana, vibrator berterabur. Memang betul, kalau muka cantik itu satu aset, tapi Ai nak tegaskan pada Salma, kecantikan itu subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. Pedulikan apa yang orang cakap, janji Salma buat yang terbaik sepanjang minggu. Cuba tengok video bawah ni, Yang Terindah Hanya Sementara. Ai puji Salma bukan sebab dia protege Erra tau, tapi memang dia ada talent!
Setakat ini, Ai perasan yang blog-blog hiburan popular setiap minggu bercerita mengenai Salma. Tidak pula Ai nampak mereka promosikan protege yang lain. Mereka ini bukan’lah bias, tapi mereka hanya nampak bakat Salma sahaja. Tak perlu disuruh atau dirayu oleh peminat, mereka sendiri sudah tahu nak menilai Salma.
Sudah beberapa tahun, Ai dok dengar lagu-lagu yang Redbox pun segan nak keluarkan. Sekurang-kurangnya, kemunculan Salma kali ini, Ai ada idea nak ‘select song’, dah tahu tajuk.
Tapi, Ai nak ingatkan Salma jangan terlampau pentingkan sangat elemen drama dalam Mentor 5. Ai pun tak suka drama-drama menangis, sedih. Kalau boleh, Ai nak tengok Salma jadi kuat, tapi kalau ada drama tembak-tembak, Ai suka. Ai nak pesan pada Salma, masuk dunia hiburan ni, hati kena kental, tak boleh bunga-bunga sangat. Jadi, anggaplah teguran orang luar itu sebagai kritikan membina. Have joice!