Kredit gambar & berita : Twitter Joe Klubbkiddkl
Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid ’25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta’ membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta. Rakan kami, Joe Lee sempat menghantarkan beberapa twitpic Cut Tari yang diserbu oleh wartawan-wartawan di sana. Menurut Joe, wartawan Malaysia kalau dibandingkan dengan wartawan Indonesia, amat jauh beza.Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan ‘Indon’, sepatutnya ‘Indo’.
Kami difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan