Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Khamis

Jessica Alba's Baby Bump At The BAFTAs (PHOTOS)



PHOTOS:

Jessica Alba announced on Facebook on Wednesday that she's pregnant with her second child, but a sharp eye Sunday night may have tipped you off before she said a word.
Appearing at the BAFTAs Sunday night, Alba wore a flowing Versace dress that helped de-emphasize her abdomen. But a few camera angles showed her special new passenger.

Intan Ladyana & Kamal Adli Kini Bersatu

Kali pertama bersatu dengan kekasihnya, Kamal Adli di dalam satu layar lebar menerusi filem terbaru Prof. Hatta Azad Khan, Kembar Siang, Intan ladyana menolak tanggapan dia cuba mempromosi kamal ke bidang perfileman.

Kamal yang sebelum ini pernah melakonkan filem Puaka Niyang Rapik, ditawarkan menjadi hero dalam filem Kembar Siang yang bergandingan dengan pelakon dan juga kekasihnya, Intan Ladyana.

Penampilan Kamal sebagai hero terbaru dalam filem terbitan David Teo mengundang cerita bahawa Intan Ladyana telah membawa masuk kekasihnya itu dalam senarai artis-artis dibawah naungan MIG dan seterusnya mendapatkan watak utama kepada lelaki itu.

"Pemilihan watak dilakukan oleh David Teo, dan saya tidak mempunyai kuasa untuk meminta sesiapa untuk bergandingan dengan saya apatah lagi Kamal Adli.

"Dan saya sendiri tidak pernah mempromosi Kamal pada David, sebaliknya David sendiri yang dapat menilai bakat dan kebolehan Kamal dalam bidang lakonan.

"Tentang keserasian saya dan Kamal, ia memang tidak susah untuk dibina memandangkan diluar set sekali pun kami sememangnya bercinta, dan sebelum ini sekalipun saya pernah bergandingan dengan Kamal dalam drama bersiri, Seribu Kali Cinta,"jelas Intan.
Intan dan Kamal masih setia bersama



Peminat Bosan

Melihat aksi mereka di dalam filem dan drama, adakah Intan tidak takut jika satu hari nanti peminat mula bosan dengan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Kamal sama ada secara realiti ataupun di dalam lakonan.

"Itu terpulanglah, saya hanya terima tawaran, jika ada yang mahukan kami bergandingan, saya akan terima jika ia bersesuaian.

"Tapi, secara jujurnya, setelah berlakon dengan Kamal dalam drama Seribu Kali Cinta, saya mendapat maklum balas yang menarik daripada para peminat, kebanyakkan mereka suka melihat kami bergandingan, dan mereka dapat lihat keserasian kami dalam drama itu,"ceritanya.



Berjauhan

Membicarakan tentang kisah cinta mereka yang sudah menjangkau usia dua tahun, jelas Intan, mereka jarang sekali dapat bertemu kerana kedua-duanya sibuk dengan penggambaran filem dan drama.

"Kami jarang berjumpa, kerana sibuk dengan tugas masing-masing, dan adakalanya jika ada penggambaran di luar Kuala Lumpur kami hanya berhubung melalui telefon dan sms. Jadi disebabkan kesibukkan begini, kami ambik keputusan untuk tidak memikirkan soal kerjaya terlebih dahulu.

"Baik saya mahupun Kamal, kami masih belum bertemu dengan keluarga masing-masing sebab tidak ada kesempatan, tapi mereka sudah mengetahui hubungan kami,"jelas Intan lagi.

Rabu

Manohara Bintangi Filem Supergirl, Karya Ciplak Spiderwomen Daripada Marvel

Salah satu filem idiot yang meng-idiot-kan. Sudah terang lagi bersuluh, konsep kostum Manohara Odelia Pinot untuk Supergirl terbitan Soraya Intercine Film amat mirip dengan kostum Spiderwoman milik Marvel. Ya memang ada perbezaaan, tapi tidak ketara. Kami pun pelik, apa susahnya nak cipta kostum baru? Tepek sana sini, atau paling senang upah sahaja pereka fesyen daripada kalangan 200 juta penduduk di sana, takkan tak boleh?
Filem ini telah mula ditayangkan pada 13 Februari 2011. Menurut sumber, pihak Soraya Intercine Film tidak membeli sebarang lesen daripada pihak Marvel. Rata-rata tahu yang pihak Marvel agak tegas dalam usaha mempertahankan karya asal milik mereka, nasib’lah ko.
Ikuti laporan penuh daripada rakan media kami, Rotikaya selepas ini.
Excuse us. AHA HA HA HA HA HA!
Kalau anda masih ingat, nama Manohara Odelia Pinot menjadi sebutan dua negara atas kes lari dari keluarga kerabat. Kami tidak mahu ungkit kisah yang tidak kami ketahui penghujungnya itu.
Ini berita terbaru untuk peminat Manohara Odelia Pinot yang kini merupakan selebriti di bumi Indonesia. Dalam perkembangan terbaru, Manohara di’katakan sudah selesai menjalani pengambaran untuk sebuah filem berunsur superhero bertajuk SUPERGIRL.
Filem terbitan Soraya Intercine Films itu mula di’perkatakan di’sana sebagai meniru bulat bulat karya superhero ciptaan Marvel — Spider Woman.
Poster yang berjaya di’keluarkan oleh sebuah forum hiburan terkenal di’sana menunjukkan kostum yang di’pakai Manohara tidak berbeza langsung dengan kostum rasmi Spider Woman.
Berikut adalah gambar & rajah kostum Spider Woman sebagai rujukan anda. Siapa kata Indonesia tidak pandai jadi maling?

(Gambar) Cut Tari Muncul Di Konsert Sheila Majid Live In Jakarta.

Kredit gambar & berita : Twitter Joe Klubbkiddkl
Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid ’25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta’ membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta. Rakan kami, Joe Lee sempat menghantarkan beberapa twitpic Cut Tari yang diserbu oleh wartawan-wartawan di sana. Menurut Joe, wartawan Malaysia kalau dibandingkan dengan wartawan Indonesia, amat jauh beza.
Pasangan bahagia Indonesia & Malaysia, Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair turut hadir untuk menonton persembahan Sheila Majid. Manakala, kelibat selebriti Malaysia yang kelihatan hadir di konsert tersebut hanya’lah penyanyi popular, Anuar Zain.
Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan ‘Indon’, sepatutnya ‘Indo’.
Kami difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.

Aidil Zafuan Kekwat, Lari Daripada Peminat?

Bukan senang menjadi public figure, dimana-mana pun orang tetap kenal & ingin mengambil gambar bersama. Kalau jadi public figure, kena selalu maintain ramah & suka melayan peminat.
Menurut seorang penyokong Negeri Sembilan, dia berasa tersinggung dengan perangai Aidil Zafuan yang telah melarikan diri apabila diminta untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Al-kisahnya, kumpulan penyokong Negeri Sembilan ini baru sahaja selesai menonton perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Perak di Stadium Ipoh. Atas semangat kesukanan, mereka datang untuk menyokong Negeri Sembilan & sebab lain mereka ingin melihat kelibat Aidil Zafuan atas padang.
Sebagai penyokong tegar, mereka tetap menyokong team Negeri Sembilan walaupun mengalami kekalahan. Habis sahaja perlawanan, mereka terserempak dengan beberapa pemain Negeri Sembilan. Kerana teruja, penyokong N9 ini sanggup u-turn semula semata-mata untuk mengambil gambar dengan pemain N9.
Penyokong ini meminta secara baik untuk bergambar dengan pemain N9. Namun, apabila salah seorang daripada pemain menepuk bahu Aidil Zafuan, dia terus larikan diri. Kata penyokong, mereka sanggup datang daripada jauh, takkan sekeping gambar pun tak boleh kan?
Apabila melihat perangai kekwat Aidil Zafuan, dengan serta-merta kumpulan penyokong ini naik marah & meluat. Kata penyokong lagi, Aidil sepatutnya tahu untuk melayan peminat kerana dia merupakan public figure. Buat masa ini, penyokong N9 tersebut sudah pangkah sama Aidil & sedikit sebanyak tempias tersebut turut terkena kepada pemain yang lain.
Kredit berita: Beautifulnara