Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

(Gambar) Bob Lokman Sertai PAS, Parti Islam SeMalaysia.

Bukan, ini bukan blog politik. Cuma, kali ini kami nak highlight-kan penyertaan Bob Lokman ke parti politik PAS telah mendapat perhatian daripada 30 ribu pengunjung yang hadir di Kota Sarang Semut, Kedah sempena Perhimpunan Pemuda 30k.
Menurut Bob Lokman, dia menyertai PAS kerana risau dengan gejala sosial yang semakin berleluasa. Atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak, dia berasa terpanggil untuk bersama-sama berjuang dengan ahli PAS yang lain.
Bob Lokman telah menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dan diberi ruang untuk memberikan ucapan pertamanya di hadapan pemuda PAS yang berjumlah 30 ribu orang.



 
Layankan koleksi gambar Bob Lokman bersama parti politik yang baru diceburinya selepas ini.

Ahad

Daphne Iking Sedang Bercinta Dengan Jejaka Melayu?

Daphne Iking bersama Azmi (Berbaju putih)
Dengar cerita, di sebalik kekusutan Daphne Iking dengan kes mahkamah antara dia & bekas suami, aktres cantik ini dikatakan sedang bercinta bersama seorang jejaka Melayu yang berjawatan tinggi.
Sumber kami ada mengatakan, jejaka yang kononnya digosipkan bersama Daphne Iking bernama Azmi, seorang yang berjawatan tinggi dalam Redberry Group. Dikatakan, Azmi kerap dilihat membawa Daphne Iking ke mana-mana majlis yang melibatkan kemunculan mereka berdua.
Bukan itu sahaja, Daphne Iking kerap menghantar twitpic bersama Azmi, namun tidak ramai yang tahu bahawa Azmi itu adalah cinta hatinya yang terbaru.
Dalam cerita terbaru pula, sumber kami mengatakan bahawa Daphne Iking sudah pun memeluk Islam. Antara hint penting, ketika berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa, Daphne Iking ada menyebut perkataan ‘Masyallah’. Kami tidak pasti sama ada ia kebetulan, atau disengajakan. Namun, andai betul Daphne Iking sudah memeluk Islam, kami doakan yang terbaik buat dia.
Semuanya masih dalam persoalan, kita nantikan sahaja kenyataan daripada Daphne Iking berkenaan khabar angin ini. Enjoice!

(Gambar) Masjid Al-Khalidiah Dibina Siti Nurhaliza & Datuk K

Orang Sungai Petani boleh tersenyum riang apabila Masjid Al-Khalidiah sudah siap dibina dan sedia untuk diguna pakai untuk program-program keagamaan atau kemasyarakatan. Masjid Al-Khalidiah yang bernilai RM1.7 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Khalid, memaklumkan bahawa dia semenjak kecil memang menyimpan impian untuk membina sebuah masjid & bersyukur apabila impian tersebut menjadi kenyataan. Sebuah majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berlangsung semalam.
Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam laman twitter menyatakan, ‘Alhamdullilah ,tercapai sudah impian kami berdua Dan semoga Allah memberkati..Amin


Masjid Al-Khalidiah ini boleh dikunjungi di lokasi Kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Layankan gambar eksklusif majid Al-Khalidiah selepas ini. Dan, kali ini Siti Nurhaliza muncul lengkap bertudung litup, nais!