Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

Jue Aziz Mulakan Hidup Baru


Tiada lagi episod luka dalam kamus hidupnya. Segala memori silam dikuburkan bersama deraian air mata kekesalan. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana berpeluang membetulkan segala kelemahan diri.

Cinta bukan lagi fokus utama, sebaliknya dia berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, keluarga, karier dan jalan hidup yang lebih tenang.

Akui Jue Aziz, dia dapat merasakan kelainan dalam dirinya. Berkat kemahuan diri yang kuat di samping dorongan keluarga yang tidak pernah putus, segala kelemahan berjaya diperbetulkan sedikit demi sedikit. Yang pasti, dia kini lebih bahagia dan tenang.

“Kesedaran bermula bila Jue mendekatkan diri dengan Allah. Keikhlasan keluarga membantu Jue juga membuatkan Jue rasa bersalah dan mula sedar dengan segala kesilapan. Daripada situ, Jue bangkit dan kembali bersemangat mengatur kehidupan yang lebih baik. Jue percaya perubahan boleh berlaku jika kita mahu dan bersungguh-sungguh. Jika kita berubah kerana orang lain, ia tidak bertahan lama"


Percintaan dengan Ako menemui kegagalan

Percintaan dengan Jehan Miskin Juga Menemui Kegagalan

1 ulasan:

  1. kalau aku lah yg dapat jue nie memang kan ku jaga hati dan dirinya smpai ke mati..

    BalasPadam