Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

Jue Aziz Mulakan Hidup Baru


Tiada lagi episod luka dalam kamus hidupnya. Segala memori silam dikuburkan bersama deraian air mata kekesalan. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana berpeluang membetulkan segala kelemahan diri.

Cinta bukan lagi fokus utama, sebaliknya dia berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, keluarga, karier dan jalan hidup yang lebih tenang.

Akui Jue Aziz, dia dapat merasakan kelainan dalam dirinya. Berkat kemahuan diri yang kuat di samping dorongan keluarga yang tidak pernah putus, segala kelemahan berjaya diperbetulkan sedikit demi sedikit. Yang pasti, dia kini lebih bahagia dan tenang.

“Kesedaran bermula bila Jue mendekatkan diri dengan Allah. Keikhlasan keluarga membantu Jue juga membuatkan Jue rasa bersalah dan mula sedar dengan segala kesilapan. Daripada situ, Jue bangkit dan kembali bersemangat mengatur kehidupan yang lebih baik. Jue percaya perubahan boleh berlaku jika kita mahu dan bersungguh-sungguh. Jika kita berubah kerana orang lain, ia tidak bertahan lama"


Percintaan dengan Ako menemui kegagalan

Percintaan dengan Jehan Miskin Juga Menemui Kegagalan

Isnin

SAG Awards: Natalie Portman’s angelic glow

SAG Awards: Natalie Portman’s angelic glow


Best actress award winner Natalie Portman’s strapless white Azzaro gown showed her baby bump off nicely as well as complemented her dark hair and bronzed skin.

The new face of Miss Dior Cherie was made up in, what else? And she looked gorgeous as usual. Makeup artist Eileen Kastner-Delago created a look inspired by "Old Hollywood with a modern twist" for Portman.

"I wanted to give her dewy, glowing skin and slightly smoky eyes with a natural lip color," said Kastner-Delago.

On Portman’s skin, Kastner-Delago used Dior Capture Totale High Definition Serum Foundation and Dior Skinflash in Sunbeam #003.

To accentuate her eyes, she used Dior 5-Colour Eyeshadow in Stylish Move #970 and Sunset Cafe #440 and pumped up lashes with Diorshow Mascara in black.

Portman’s pout was perfected with Dior Addict High Shine Lipstick in Pink Protegee #664 and Dior Ultra-Gloss Reflect in Satin Peach #236

Hair stylist Orlando Pita created sculpted, wavy hair, which was inspired by the look Pita recently created for the Christian Dior Haute Couture show in Paris.

-- Melissa Magsaysay

Photo: Natalie Portman. Credit: Jason Merritt/Getty Images

Ariel Peterpan Dipenjara 3 Tahun 6 Bulan. Luna Maya & Cut Tari Saksi Penting

Sidang Pengadilan Negeri Bandung, Jawa Barat akhirnya menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ariel Peterpan selama 3 tahun 6 bulan, denda RP250 juta. Ketua hakim, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman tersebut setelah membaca fakta-fakta yang menyokong pendakwaan terhadap Ariel Peterpan, dan dia terbukti bersalah.
Di saat Ketua Majlis Hakim menjatuhkan hukuman tersebut, Ariel berdiam diri dan tertunduk menerima hukuman tersebut. Hukuman tersebut adalah lebih ringan daripada apa yang disarankan oleh pihak pendakwa raya, iaitu 5 tahun 6 bulan.
Sementara itu, Luna Maya & Cut Tari tidak didakwa kerana mereka dianggap sebagai saksi penting ketika sidang perbicaraan dijalankan. Imbas kembali, video seks Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari menimbulkan kontroversi meluas di seluruh dunia sehinggakan pelakon lucah, Maria Ozawa juga teringin berjumpa dengan Ariel.

Lagu Insya-Allah Maher Zain Versi Bahasa Melayu

Terer betul Maher Zain nyanyi dalam bahasa Melayu. Sebutan jelas, malah maksud lagu pun tak lari jauh dengan versi asal. Lirik lagu mudah difahami sehingga boleh menyentuh mana-mana jiwa yang mendengar. Maher Zain, baru sahaja melangsungkan konsert tertutup di Malaysia tempoh hari mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.
Apa lagi, kasi layan lagu Insya-Allah daripada Maher Zain. Sesekali layan lagu bertemakan keinsafan, apa salahnya. Jangan dok layan lagu Katy Perry manjang. Opss, habis’lah kami kena lahar dengan peminat Katy Perry. Sorry, you guys!
Oh ya, adakah fenomeno Raihan akan kembali semula? TQ rakan media Beautifulnara yang berkongsi lagu ini.

Lisa Surihani Tanpa Mekap & Berbaju Superman

Kami ingatkan penyanyi Faizal Tahir sahaja yang ada obsesi terhadap Superman. Nah, pelakon Lisa Surihani yang kini mempunyai 1 juta peminat Facebook juga tertarik dengan Superman. Tak, tiada aksi ala Faizal Tahir yeah!
Lisa Surihani tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular & Pelakon Tv Wanita Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 nanti. Apa yang kami perasan, walaupun jadual kerja Lisa Surihani semakin padat, namun dia masih mampu melayan tweet peminat. Satu petanda bahawa peminatnya adalah no 1 di hati Lisa Surihani.
OHBULAN! difahamkan, undian SMS hanya menyumbang 30% permarkahan, dan 70% datangnya daripada undian borang. Maksudnya, setiap 10 SMS yang dihantar, hanya 3 SMS sahaja yang akan dibawa masuk ke dalam permarkahan. Jadi, korang jangan lupa dapatkan akhbar Berita Harian untuk mengundi Lisa Surihani. Pastikan Lisa Surihani, selebriti yang paling bersih daripada gosip mengarut dapat merangkul kedua-dua anugerah tersebut.

Ahad

"Saya tak teragak-agak"Fasha Shanda

SETINGGI mana dia terbang memperdagangkan bakat, sebesar itu juga kontroversi yang mengulit. Bukan kehendaknya, namun rencah anak seni yang bernafas di bawah limpahan populariti, Fasha Sandha akur meskipun setiap inci peribadinya dibogelkan.
Peluh dan kerut dahinya yang sukar disembunyi kerana berlari ke lokasi penggambaran drama siri terbaru lakonannya, Samson Delaila dan kembali menguruskan salun miliknya, Salon Chinta yang bakal beroperasi tidak lama lagi, Fasha terus diasak dengan berita mengejut perpisahannya dengan kekasih, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tidak terhenti di situ, sehari kemudian aktres kelahiran Johor Bahru ini berdepan pula kemelut berbalas kenyataan dengan bekas isteri kepada Jejai yang juga dramatis, Nora Danish.

Sejak awal pagi Khamis lalu sejurus segala pengumuman dan perang kenyataan di dada akhbar, aktres terkenal ini tidak henti-henti mendedahkan status ‘berani’ yang cenderung menyerang pihak lawannya di ruangan sosial peribadi Twitter miliknya,

@FashaSandha1.Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.

“MUSTAHIL saya merancang atau sengaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Tidak mungkin saya bertindak bodoh seperti itu jika tiada alasan kukuh.

Ternyata, saya terpaksa berbuat demikian bagi menegakkan kebenaran dan keadilan diri sendiri. Saya tidak mahu ada pihak lain sewenang-wenangnya menindas saya dengan bergayut sekali dalam permasalahan yang saya hadapi.

Jujurnya, memang ia sedikit mengganggu perjalanan rutin harian, lebih-lebih saya sibuk di lokasi penggambaran dan terpaksa berlari-lari memantau salun yang hampir siap.

Namun itulah harga yang terpaksa saya bayar atas segala kegemilangan dikecapi. Saya akur dan terpaksa menelan semua itu meskipun rasanya sangat pahit.

Selepas pengumuman pihak Jejai dan saya berhubung perpisahan kami, tidak sepatutnya ada pihak lain yang sibuk ingin merasa tempias publisiti dengan memberi kenyataan atau komen. Cerita itu merungkai segala spekulasi ramai pihak. Namun ada pula yang sengaja ingin memanjangkan isu itu hingga mencabar tahap kesabaran saya sebagai wanita.

Berita di muka depan mengenai perpisahan kami itu sudah cukup dan tidak perlu pula ada orang yang tidak tahu-menahu untuk menambah fakta dan bercakap lebih, sedangkan dia tidak tahu kisah di sebaliknya. Bagai menjolok sarang tebuan, usah bising jika sengatnya membunuh secara perlahan.

Saya terpaksa mendedahkan semua bukti yang saya ada seperti senarai panggilan, mesej dalam telefon bimbit dan beberapa keping gambar bagi membuka dimensi mata peminat atau sesiapa yang tekun mengikuti sorotan kisah ini supaya persepsi kononnya saya hanya bersembunyi di sebalik helah adalah salah.

Saya tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang ia akan mengaibkan sesiapa, namun jika keadaan mendesak seperti mana pernah dicanangkan sebelum ini, saya tidak akan teragak-agak.

Bukan saya ingin membuktikan siapa menang atau dalang mana yang cuba membelit fakta, sebaliknya saya perlu memikirkan soal reputasi yang seolah-olah sengaja dicalarkan berhubung perkara ini.

Saya tidak peduli soal perasaan sesiapa kerana keutamaan adalah diri sendiri. Saya perlu berdiri untuk menegakkan apa yang benar dan mana yang sepatutnya dibicarakan.

Peminat saya arif dan bijak. Mustahil mereka leka dan berbuai dengan segala macam cerita yang timbul. Alhamdulillah, mereka tidak sesekali lari atau merasa benci, sebaliknya semakin kerap pula peminat menghantar kata-kata semangat dan dorongan kepada saya melalui Twitter.

Twitter adalah ruangan peribadi untuk saya berkongsi rasa atau apa saja yang ingin disembangkan. Ia adalah komunikasi bersama peminat dan mereka yang ingin mengikut perkembangan saya.

Justeru, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu peperangan atau mencerminkan sifat peribadi seseorang. Usah terlalu dalam memikirkan soal itu.

Saya hanya ingin berkongsi perasaan bersama peminat dan begitu juga dengan sesiapa yang lain. Masing-masing punya hak untuk menaikkan status di Twitter bagi meluahkan perasaan. Senario itu bukan satu peperangan, sebaliknya hanya medium berkongsi rasa.”