Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

Isu silikon peningkan Fazura

Isu silikon peningkan Fazura


KELAKAR Fazura tertawa saat dihujani pertanyaan media tentang isu silikon pecah.


DIA selebriti terkenal, disebut-sebut sebagai antara pelakon berkarakter di layar perak.
Ekoran kredibiliti, pakej kejelitaan semulajadi miliknya, dia dilantik pula sebagai duta pelaris bermacam-macam produk.
Sensasi Nur Fazura Sharifudin diwarnai cerita mahkamah, penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan namanya serta kisah cinta kerabat diraja.
Tiba-tiba terbongkar cerita kononnya implan silikon payu dara Fazura pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan.
Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya.
Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.
Tidak mahu memberikan ulasan menerusi talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan pelakon berusia 27 tahun itu berakhir di majlis pelancaran wangian terbaru, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian wangian Avon di ibu negara.
"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.
FAZURA menjelaskan asetnya asli.


Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.
Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.
Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.
Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.
Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.
"Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.
"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.
Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu.

Siapa teraju AF9?

ADAKAH AZNIL AKAN KEMBALI?
Debaran menanti pengumuman Astro Ria pasal pemilihan pengetua, guru-guru dan pengacara Akademi Fantasia 9 yang diuar-uarkan sebagai musim terakhir akan berakhir Isnin ini.
Astro akan membuat pengumuman dalam satu majlis khas kepada media tempatan di Kuala Lumpur. Pasti peminat mahu tahu perkembangan program realiti nyanyian yang diminati ramai itu, walaupun musim-musim terakhir agak suram.
ADAKAH MEREKA TERPILIH MASUK AF9?
Nama pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dari Indonesia disebut-sebut sebagai calon pilihan. Tapi pihak Astro tidak pernah mengumumkannya dan hanya membiarkan sahaja spekulasi itu berlegar di fikiran peminat.
Setidak-tidaknya ia memberi publisiti awal untuk menghangatkan lagi program itu. Apatah lagi macam-macam hal negatif membabitkan Dhani sejak akhir-akhir ini. Antaranya pasal kehilangan Muilan Jameela yang dikatakan hamil.
AHMAD DHANI.
SHAHIR, JUARA AF8 BELUM LAGI KUKUH KEDUDUKAN.









Ada yang mengatakan dia dihamili Dhani dan ada juga pihak mengatakan mereka sebenarnya sudahpun bernikah secara diam-diam. Terbaru Dhani didakwa mengasari wartawan yang cuma membuat liputan Mulan di luar kediamannya.
Itu bab pengetua. Siapa pula bakal guru yang akan mendidik peserta ini selama sepuluh minggu? Siapa pula yang akan diumumkan sebagai pengacara?
Ada yang mengatakan pengacara selama lima musim, Aznil Nawawi akan kembali untuk musim terakhir ini.
Aznil semasa ditanya media mengakui yang dia akan menerima tawaran sekiranya diusulkan oleh pihak Astro. Maklum saja, AF sangat sinonim dengannya walaupun sudah tiga musim ditinggalkan.
Kerana menjadi pengacara AF, Aznil menjadi pengacara popular dan dapat gelaran Pengacara No. 1. Dia juga memenangi banyak anugerah yang menghitung undian peminat.
Apa-apa pun jawapan pasal persoalan itu akan diketahui Isnin ini. Mangga Online akan segera menguar-uarkannya.

CINTA 3 SEGI SHAHZ JASZLE, FARALYNA & FAEZAH ELAI DALAM ASMARA 2


Peminat drama Asmara lakonan Shahz Jaszle akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary. Kali ini, pengarah Asmara 2 menampilkan barisan pelakon seperti Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.
Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.
Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

RAMBUT JUSTIN BIEBER DILELONG PADA HARGA USD$ 40,668!

Kalau sudah bergelar selebriti antarabangsa, jual apa pun tetap laku. Jangankan rambut, bulu hidung pun orang sanggup beli tau!
Terkini, Justin Bieber yang terkenal dengan gaya rambut smooth silky ini telah memotong rambutnya dan menjadi rebutan para peminat. Dipercayai, rambut Justin Bieber telah dilelong pada harga USD$ 40,688, selepas dibida sebanyak 98 kali. Rambut Justin Bieber diletakkan dalam bekas plastik beserta autograf eksklusif telah diberikan kepada rancangan popular The Ellen DeGeneres Show untuk tujuan kebajikan.
Hasil kutipan akan didermakan kepada Gentle Barn Foundation, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan yang bertempat di California.
Perez Hilton, blogger hiburan terkenal turut tersenarai sebagai individu yang menerima rambut Justin Bieber untuk tujuan yang sama. Pada 22 Februari lepas, Perez Hilton ada menyebut bahawa Justin Bieber bukan sekadar memotong rambut, sebaliknya ia merupakan satu fenomena dimana selebriti terkenal boleh memperjudikan imej sendiri demi membantu orang lain.
Kami masih tidak berkesempatan melihat gaya rambut Justin Bieber yang baru. Namun, kami terjumpa satu foto, Justin Bieber botak? Oh I shit you not.

KONSERT SHOWCASE MENTOR 5 AHAD DI SHAH ALAM

Tunjuk ajarku … SIFU! Segala teka-teki dan persoalan bakal terjawab pada malam Ahad nanti! Pastikan anda bersama kesemua Mentor musim ke-5, Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira sewaktu mereka memperkenalkan protégé masing-masing iaitu Salma, Ayish, Iqa, Ratnah, Shiha dan Aiman kepada semua penonton dan peminat muzik tanahair!
Pastinya anda telah menyaksikan pelbagai kisah, aksi, dugaan dan penemuan menarik yang telah dirakamkan sepanjang sesi ujibakat yang telah berlangsung baru-baru ini. Kini, saksikan pula bakat dan potensi kesemua enam anak muda terpilih yang telah berjaya menambat hati Mentor masing-masing. Mampukah mereka menyaingi kehebatan Black, Mohd, Fiq dan Pija dan seterusnya menggegarkan pentas Mentor 5 kali ini?!
Kami juga akan bersama-sama anda pada malam hujung minggu ini untuk menyaksikan persembahan pertama protege yang terpilih bersama mentor masing-masing sebelum dibahagikan kepada Kumpulan A atau B. Tarikh & tempat selepas ini.
Hari/Tarikh : Ahad, 6 Mac 2011
Waktu : 8.00mlm (Konsert LIVE bermula 9.00 mlm)
Tempat : Auditorium MBSA, Shah Alam.

6 PROTEGE RANCANGAN REALITI MENTOR SUDAH TERJAWAB

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini. Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing. Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.
Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam. Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.
Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.
Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5