Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Sabtu

Di manakah Anwar Ibrahim?





KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:
Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."

Keratan blog http://novandri.blogspot.com

Isnin

Salma, Pedulikan Orang Kata Tak Cantik!


Ai bukan apa, Ai malam tadi memang tak sempat tengok Mentor 5. Tapi, pagi ini Ai bangun tidur terus tengok youtube, cari video persembahan Salma semalam. Nasib baik, ada juga orang yang rajin upload, terharu Ai!
Daripada apa yang Ai dengar, semalam Salma menangis sebab ada orang kata muka dia tak lawa. Tapi bagi Ai, muka tu tolak tepi, janji vokal mantap. Tak guna juga kalau muka lawa, tapi pitching entah kemana, vibrator berterabur. Memang betul, kalau muka cantik itu satu aset, tapi Ai nak tegaskan pada Salma, kecantikan itu subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. Pedulikan apa yang orang cakap, janji Salma buat yang terbaik sepanjang minggu. Cuba tengok video bawah ni, Yang Terindah Hanya Sementara. Ai puji Salma bukan sebab dia protege Erra tau, tapi memang dia ada talent!
Setakat ini, Ai perasan yang blog-blog hiburan popular setiap minggu bercerita mengenai Salma. Tidak pula Ai nampak mereka promosikan protege yang lain. Mereka ini bukan’lah bias, tapi mereka hanya nampak bakat Salma sahaja. Tak perlu disuruh atau dirayu oleh peminat, mereka sendiri sudah tahu nak menilai Salma.
Sudah beberapa tahun, Ai dok dengar lagu-lagu yang Redbox pun segan nak keluarkan. Sekurang-kurangnya, kemunculan Salma kali ini, Ai ada idea nak ‘select song’, dah tahu tajuk.
Tapi, Ai nak ingatkan Salma jangan terlampau pentingkan sangat elemen drama dalam Mentor 5. Ai pun tak suka drama-drama menangis, sedih. Kalau boleh, Ai nak tengok Salma jadi kuat, tapi kalau ada drama tembak-tembak, Ai suka. Ai nak pesan pada Salma, masuk dunia hiburan ni, hati kena kental, tak boleh bunga-bunga sangat. Jadi, anggaplah teguran orang luar itu sebagai kritikan membina. Have joice!

Who The Hell Is Miera Liyana?

Aku kena tengok tv banyak sikit. Seriously. Aku tak kenal Miera Liyana tapi mungkin lepas ni, kalau orang tanya aku, aku akan jawab macam ni:
“Der, lu kenal tak Miera Liyana?”
“Saper der? Minah yang tunjuk b**bs side view tu eh?”
Ini gambarnya, sila click kanan mouse anda dan PILIH save image as.
Aku suka gambar ni. Sebagai lelaki siuman, aku sangat suka.
Sehingga malam tadi, aku tak tahu pun kisah budak ni, but when wifey told me to read ohbulan.com; dengan pantas kilat aku bukak blackberry aku yang selalu hang dan tengok gambar kat blog ohbulan. The only word, fuhh budak ni. Hebat.
Tapi muka dia ada iras Nasha Aziz sikit kan. Aku suka Nasha Aziz.
Sambil aku google something on the net, aku terjumpa satu lagi kisah Miera Liyana ni dan dia dah mintak maaf pasal berpakaian nampak lebih separuh sisi buah dadanya.
Ini permohonan maaf dia:
Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama.
Aku kesian. Kesian sebab tentu rumah dia tak ada cermin.Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Tentu dia tak sangka kan. Nak pakai baju kena bersangka eh? Bukan ke kita tak perasan buah dada kita dah terjulur kat tepi tu? Aku tak tahu sebab buah dada aku tak terjulur atau terjojol macam tu. Takkan ‘tak sangka’ ngilu bila kena aircon? Bukan kita kira apa pandangan masyarakat pada kita? Bukan kita pikir kita ni syok sendiri ke?
Setahu akulah, orang perempuan, pantang dipisahkan dengan cermin. Adjust apa pun mesti kena ada cermin. Kalau tak ada cermin, mesti rasa macam nak kiamat. Sebab tulah dalam kereta ada cermin di bahagian passenger. Macam kereta aku, bila selak sunshade sebelah passenger, siap ada lampu. Gerek tak?
Siapa yang ajar dia jawab macam tu pada press?
Seriously, aku suka dunia hiburan. Selalu aku baca statement statement idiotic yang menampakkan tahap akal kita. Ini ke kononnya nak jadik contoh pada masyarakat? Ini ke yang nak dijulang julang? Ini ke yang nak dipuja macam nak rak tu?
Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik sebab pakaian ini terdedah di belakang. Hahaha, siapalah ajar dia jawab macam ni. And someone will say, ohh takpelah, dia bebudak lagi, tak tahu nak jawab soalan press. Good. Very good.
Satu janji yang Miera lupa ialah:
“Saya janji saya akan beli cermin kat rumah.”

(Gambar) Majlis Nikah, Perkahwinan Kris Dayanti & Raul Lemos Di Jakarta


Kredit gambar : Twitter Dean_Musthafa
Baru sahaja selesai sudah majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta. Tahniah!
Seorang koresponden daripada Utusan Malaysia sempat menghantar tweet foto hiasan dalaman untuk majlis akad nikah pasangan kontroversi ini. Menurut sumber yang lain, mereka hanya menumpukan dekorasi di bahagian dalam masjid ekoran angin kencang di luar, dikhuatiri akan mencacatkan hiasan luaran.

Mas kahwin daripada Raul Lemos bukan seperti yang kita jangkakan, sebaliknya Raul Lemos memberikan mas kahwin berupa set barangan solat secara tunai.
Akad dilafazkan oleh Raul Lemos dengan lancar kepada KD berbunyi, “Kepada isteriku tercinta, mas kawin ini berupa seperangkat alat solat, saya serahkan kepadamu tunai, semoga ada manfaatnya.”
“Suamiku tercinta Raul Lemos, saya terima mahar ini, Insya Allah saya akan manfaatkan, semoga redha dan berkat Allah selalu menyertai kita,” jawab KD sebagai balasan kepada akad Raul Lemos.
Selesai sahaja akad nikah, Raul Lemos sempat mencium bibir KD sebanyak 3 kali di hadapan para tetamu sebagai tanda cinta.