Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

(Gambar) Cut Tari Muncul Di Konsert Sheila Majid Live In Jakarta.

Kredit gambar & berita : Twitter Joe Klubbkiddkl
Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid ’25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta’ membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta. Rakan kami, Joe Lee sempat menghantarkan beberapa twitpic Cut Tari yang diserbu oleh wartawan-wartawan di sana. Menurut Joe, wartawan Malaysia kalau dibandingkan dengan wartawan Indonesia, amat jauh beza.
Pasangan bahagia Indonesia & Malaysia, Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair turut hadir untuk menonton persembahan Sheila Majid. Manakala, kelibat selebriti Malaysia yang kelihatan hadir di konsert tersebut hanya’lah penyanyi popular, Anuar Zain.
Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan ‘Indon’, sepatutnya ‘Indo’.
Kami difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.

Aidil Zafuan Kekwat, Lari Daripada Peminat?

Bukan senang menjadi public figure, dimana-mana pun orang tetap kenal & ingin mengambil gambar bersama. Kalau jadi public figure, kena selalu maintain ramah & suka melayan peminat.
Menurut seorang penyokong Negeri Sembilan, dia berasa tersinggung dengan perangai Aidil Zafuan yang telah melarikan diri apabila diminta untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Al-kisahnya, kumpulan penyokong Negeri Sembilan ini baru sahaja selesai menonton perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Perak di Stadium Ipoh. Atas semangat kesukanan, mereka datang untuk menyokong Negeri Sembilan & sebab lain mereka ingin melihat kelibat Aidil Zafuan atas padang.
Sebagai penyokong tegar, mereka tetap menyokong team Negeri Sembilan walaupun mengalami kekalahan. Habis sahaja perlawanan, mereka terserempak dengan beberapa pemain Negeri Sembilan. Kerana teruja, penyokong N9 ini sanggup u-turn semula semata-mata untuk mengambil gambar dengan pemain N9.
Penyokong ini meminta secara baik untuk bergambar dengan pemain N9. Namun, apabila salah seorang daripada pemain menepuk bahu Aidil Zafuan, dia terus larikan diri. Kata penyokong, mereka sanggup datang daripada jauh, takkan sekeping gambar pun tak boleh kan?
Apabila melihat perangai kekwat Aidil Zafuan, dengan serta-merta kumpulan penyokong ini naik marah & meluat. Kata penyokong lagi, Aidil sepatutnya tahu untuk melayan peminat kerana dia merupakan public figure. Buat masa ini, penyokong N9 tersebut sudah pangkah sama Aidil & sedikit sebanyak tempias tersebut turut terkena kepada pemain yang lain.
Kredit berita: Beautifulnara

Isnin

Watie Tertekan, Hampir Kena Strok

Sisipan akhbar Utusan semalam melaporkan sesuatu yang kurang enak untuk didengar. Aktres & bekas penyanyi kumpulan Elite, Watie dikatakan tertekan dengan laporan berkenaan seorang gadis bernama Angelina yang mengaku sebagai anak kandungnya, beberapa minggu lepas.
Ketika itu, Watie enggan ditemui untuk memberikan kenyataan kepada pihak media atas alasan sakit. Ya, memang alasan Watie berasas apabila doktor melaporkan dia hampir diserang strok. Kata sumber, mata kiri Watie hampir herot dan separuh badannya kebas-kebas ekoran tertekan dengan pelbagai perkara yang melanda dia.
Kata sumber lagi, Watie sedang menjalani perubatan tradisional cina, Akupuntur untuk menghilangkan pening kepala & mengurangkan kebas.
Apa pun, kami harap Watie sihat seperti sedia kala & dapat menjalani kehidupan normal semula.