Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

Siapa teraju AF9?

ADAKAH AZNIL AKAN KEMBALI?
Debaran menanti pengumuman Astro Ria pasal pemilihan pengetua, guru-guru dan pengacara Akademi Fantasia 9 yang diuar-uarkan sebagai musim terakhir akan berakhir Isnin ini.
Astro akan membuat pengumuman dalam satu majlis khas kepada media tempatan di Kuala Lumpur. Pasti peminat mahu tahu perkembangan program realiti nyanyian yang diminati ramai itu, walaupun musim-musim terakhir agak suram.
ADAKAH MEREKA TERPILIH MASUK AF9?
Nama pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dari Indonesia disebut-sebut sebagai calon pilihan. Tapi pihak Astro tidak pernah mengumumkannya dan hanya membiarkan sahaja spekulasi itu berlegar di fikiran peminat.
Setidak-tidaknya ia memberi publisiti awal untuk menghangatkan lagi program itu. Apatah lagi macam-macam hal negatif membabitkan Dhani sejak akhir-akhir ini. Antaranya pasal kehilangan Muilan Jameela yang dikatakan hamil.
AHMAD DHANI.
SHAHIR, JUARA AF8 BELUM LAGI KUKUH KEDUDUKAN.









Ada yang mengatakan dia dihamili Dhani dan ada juga pihak mengatakan mereka sebenarnya sudahpun bernikah secara diam-diam. Terbaru Dhani didakwa mengasari wartawan yang cuma membuat liputan Mulan di luar kediamannya.
Itu bab pengetua. Siapa pula bakal guru yang akan mendidik peserta ini selama sepuluh minggu? Siapa pula yang akan diumumkan sebagai pengacara?
Ada yang mengatakan pengacara selama lima musim, Aznil Nawawi akan kembali untuk musim terakhir ini.
Aznil semasa ditanya media mengakui yang dia akan menerima tawaran sekiranya diusulkan oleh pihak Astro. Maklum saja, AF sangat sinonim dengannya walaupun sudah tiga musim ditinggalkan.
Kerana menjadi pengacara AF, Aznil menjadi pengacara popular dan dapat gelaran Pengacara No. 1. Dia juga memenangi banyak anugerah yang menghitung undian peminat.
Apa-apa pun jawapan pasal persoalan itu akan diketahui Isnin ini. Mangga Online akan segera menguar-uarkannya.

CINTA 3 SEGI SHAHZ JASZLE, FARALYNA & FAEZAH ELAI DALAM ASMARA 2


Peminat drama Asmara lakonan Shahz Jaszle akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary. Kali ini, pengarah Asmara 2 menampilkan barisan pelakon seperti Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.
Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.
Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

RAMBUT JUSTIN BIEBER DILELONG PADA HARGA USD$ 40,668!

Kalau sudah bergelar selebriti antarabangsa, jual apa pun tetap laku. Jangankan rambut, bulu hidung pun orang sanggup beli tau!
Terkini, Justin Bieber yang terkenal dengan gaya rambut smooth silky ini telah memotong rambutnya dan menjadi rebutan para peminat. Dipercayai, rambut Justin Bieber telah dilelong pada harga USD$ 40,688, selepas dibida sebanyak 98 kali. Rambut Justin Bieber diletakkan dalam bekas plastik beserta autograf eksklusif telah diberikan kepada rancangan popular The Ellen DeGeneres Show untuk tujuan kebajikan.
Hasil kutipan akan didermakan kepada Gentle Barn Foundation, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan yang bertempat di California.
Perez Hilton, blogger hiburan terkenal turut tersenarai sebagai individu yang menerima rambut Justin Bieber untuk tujuan yang sama. Pada 22 Februari lepas, Perez Hilton ada menyebut bahawa Justin Bieber bukan sekadar memotong rambut, sebaliknya ia merupakan satu fenomena dimana selebriti terkenal boleh memperjudikan imej sendiri demi membantu orang lain.
Kami masih tidak berkesempatan melihat gaya rambut Justin Bieber yang baru. Namun, kami terjumpa satu foto, Justin Bieber botak? Oh I shit you not.