
Lisa Surihani tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular & Pelakon Tv Wanita Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 nanti. Apa yang kami perasan, walaupun jadual kerja Lisa Surihani semakin padat, namun dia masih mampu melayan tweet peminat. Satu petanda bahawa peminatnya adalah no 1 di hati Lisa Surihani.
OHBULAN! difahamkan, undian SMS hanya menyumbang 30% permarkahan, dan 70% datangnya daripada undian borang. Maksudnya, setiap 10 SMS yang dihantar, hanya 3 SMS sahaja yang akan dibawa masuk ke dalam permarkahan. Jadi, korang jangan lupa dapatkan akhbar Berita Harian untuk mengundi Lisa Surihani. Pastikan Lisa Surihani, selebriti yang paling bersih daripada gosip mengarut dapat merangkul kedua-dua anugerah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan