Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

KONSERT SHOWCASE MENTOR 5 AHAD DI SHAH ALAM

Tunjuk ajarku … SIFU! Segala teka-teki dan persoalan bakal terjawab pada malam Ahad nanti! Pastikan anda bersama kesemua Mentor musim ke-5, Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira sewaktu mereka memperkenalkan protégé masing-masing iaitu Salma, Ayish, Iqa, Ratnah, Shiha dan Aiman kepada semua penonton dan peminat muzik tanahair!
Pastinya anda telah menyaksikan pelbagai kisah, aksi, dugaan dan penemuan menarik yang telah dirakamkan sepanjang sesi ujibakat yang telah berlangsung baru-baru ini. Kini, saksikan pula bakat dan potensi kesemua enam anak muda terpilih yang telah berjaya menambat hati Mentor masing-masing. Mampukah mereka menyaingi kehebatan Black, Mohd, Fiq dan Pija dan seterusnya menggegarkan pentas Mentor 5 kali ini?!
Kami juga akan bersama-sama anda pada malam hujung minggu ini untuk menyaksikan persembahan pertama protege yang terpilih bersama mentor masing-masing sebelum dibahagikan kepada Kumpulan A atau B. Tarikh & tempat selepas ini.
Hari/Tarikh : Ahad, 6 Mac 2011
Waktu : 8.00mlm (Konsert LIVE bermula 9.00 mlm)
Tempat : Auditorium MBSA, Shah Alam.

6 PROTEGE RANCANGAN REALITI MENTOR SUDAH TERJAWAB

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini. Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing. Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.
Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam. Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.
Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.
Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5

Isnin

Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.
Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!