Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Jumaat

‘Hanya saya dan Jejai yang tahu’

HUBUNGAN pelakon kontroversi Fasha Sandha dan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sudah lama diperkatakan peminat tetapi mereka menafikannya dan hanya membuat pengakuan secara rasmi menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei tahun lalu.
Ia berikutan berita mengenai kejutan Jejai untuk bertemu kekasihnya itu dengan menaiki helikopter di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha menjayakan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata.
Kisah cinta mereka juga diuji apabila bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah dikatakan cuba menggoda Jejai hingga Fasha membuat kenyataan terbuka di laman Twitter meminta Tiz supaya tidak mengganggu teman lelakinya itu pada Jun tahun lalu.

Selepas isu itu selesai, Fasha juga juga membuat kenyataan kepada pihak media ingin mengakhiri hubungannya dan Jejai dengan ikatan perkahwinan jika ada jodoh.
Bagaimanapun, hubungan cinta mereka diuji lagi apabila hati Fasha terluka apabila mendapat tahu Jejai bersama keluarga, bekas isterinya, Nora Danish serta anak mereka bercuti ke Jepun baru-baru ini. Fasha pula ke Pulau Bali, Indonesia bagi merawat hatinya yang luka apabila mendapat tahu Nora turut sama dalam percutian itu.


Ia menjadi perhatian apabila gambar Fasha berbikini ketika bercuti di pulau itu disebarkan di Internet. Fasha dikatakan berbuat demikian untuk melepas geram dengan tindakan Jejai bercuti bersama bekas isterinya.
Bagaimanapun, Fasha mengambil tindakan berdiam diri apabila ditanya media ketika hadir dalam majlis mengumumkan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), 12 Januari lalu.
Terbaru, ada sumber memberitahu Rap, hubungan Fasha dan Jejai sebenarnya sudah putus sejak sebulan lalu iaitu sebelum pelakon itu bercuti di Bali dan percutian ke Bali itu sebagai mengubat hati. Jejai dikatakan mengaku kepada sumber itu, dia dan Fasha sudah putus ketika dia keluar berdua dengan wanita lain, baru-baru ini.
Bagi mendapatkan penjelasan mengenai status hubungannya dengan Jejai, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan Fasha.

“Maaf, saya tak mahu melayan isu sebegini sebenarnya. Tetapi memandangkan Harian Metro menghubungi saya banyak kali dan kerana menghormati hubungan baik yang terjalin selama ini, saya jawab soalan itu dengan ringkas.

“Hanya saya dan Jejai saja yang tahu perkara sebenar dan terpulanglah kepada sesiapapun untuk membuat andaian mengenai hubungan kami itu,” katanya.

Tegas model dan pelakon kelahiran Johor Bahru ini, dia juga menafikan cerita hubungannya dan Jejai sudah putus seperti yang disebarkan orang itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kali terakhir Jejai berjumpa saya pada 4 Januari lalu, sebaik saja saya tiba dari Bali. Kami makan malam bersama ketika itu.

“Jejai bertolak ke Jepun pada 6 Januari untuk me�nyertai �keluarganya yang pergi �seminggu lebih awal. Jejai juga menelefon saya setiap hari �ketika dia berada di pulau Niseko, Jepun,” katanya.

Malah, kata Fasha lagi, ketika dia berada di Bali juga, Jejai sentiasa menghubunginya setiap waktu. Jika Jejai gagal menghubunginya, kekasihnya itu akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dengannya dengan menghubungi kawan perempuannya yang lain ketika di Bali.

“Saya masih simpan ‘call log’ senarai panggilan dan semua khidmat pesanan ringkas (SMS), BB Mesengger di telefon bimbit. Saya ada bukti dan saksi dan sekiranya keadaan memaksa, saya tidak keberatan untuk menunjukkannya,” katanya.

Akui Fasha, hubungannya dengan Jejai juga baik sampai sekarang. Baginya, tidak perlu semua cerita peribadi ini dikongsikan secara terperinci dengan peminat.

“Mengenai persoalan, ada orang ingin saya dan Jejai putus, itu saya tidak mahu komen. Pada pandangan saya, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Itu adalah normal. Apa yang pasti, hanya saya dan Jejai saja yang tahu setiap cerita,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata pelakon yang sangat komited ini, buat masa ini dia terbabit dengan penggambaran untuk slot Samarinda sebanyak 20 episod, Samson Delaila arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Dalam drama itu, Fasha memegang watak De Laila bergandingan dengan Ady Putra sebagai Samson. Skrip cerita ini ditulis Azlina Pak Wan yang juga penulis cerita Chinta.

“Kini saya dalam proses mempertimbangkan dua tawaran berlakon filem dan satu drama bersiri. Saya juga terpaksa menolak tawaran beraksi dalam teater Terima Kasih Cinta kerana komitmen dengan drama Samson Delaila. Saya juga hanya akan terima satu tawaran dalam satu masa kerana ingin fokus pada sesebuah projek saja,” katanya.

Drama bersiri 26 episod �lakonannya, Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam kini bersiaran di Astro Prima. Apa yang menarik, Fasha membawa watak gadis lasak, Atilia yang menyimpan perasaan pada teman baiknya, Faizal, tetapi lelaki itu mengahwini rakan sekuliah mereka.

Manakala, filem lakonan�nya, Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila bakal menjengah pawagam pertengahan tahun ini. Dalam perkembangan lain, Fasha yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita �Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular �Berita Harian (ABPBH) 2010 sibuk dengan persiapan terakhir salun miliknya, Chinta Salon yang beroperasi di Wangsa Link.

Selain itu, dia juga baru menandatangani kontrak untuk tahun ketiga bersama barang kemas Habib Jewel.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan