Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

KD dah ada tarikh nikah?

Banyak telahan dibuat kononnya Kris Dayanti (KD) akan bernikah dengan usahawan Timur Laste, Raul Lemos bulan ini. Tapi secara rasminya belum ada pengesahan daripada mantan isteri Anang Hermansyah itu.
Benarkah KD akan segera bernikah? Bila pula tarikhnya?
Che Lee dengar KD sudah mula bersiap untuk mengirimkan kad undangan kepada rakan-rakan artis. Dia mula meminta alamat teman artis dan teman wartawan yang rapat dengannya.

Semasa ke Singapura baru-baru ini Che Lee ada bertemu dengan pelakon dan penyanyi Sahrul Gunawan. Dia juga belum dapat undangan lagi.
"Tapi baru-baru ini ada juga KD menelefon saya bertanyakan alamat rumah saya. Mungkin juga dia ingin mengirimkan kad undangan kahwin. Tak tahulah kalau ada benda lain yang dia ingin kirim," kata Sahrul.
Wakil Utusan Melayu di Jakarta, Saharudin Musthafa juga ada dihubungi KD melalui SMS yang meminta alamat tempat tinggalnya. Adakah tujuannya juga sama?
Mengikut kata hati Che Lee kalau sudah mula meminta alamat rumah teman-teman itu pasti mahu mengirim kad undangan. Yalah walaupun mereka saling mengenali, tapi ada juga yang tidak tahu alamat tepat rumah kawan kan?
 

Kepada media di Indonesia pun KD ada membayangkan yang dia akan segera bernikah dengan Raul. Apatah lagi mereka juga sudah sering muncul berdua di depan khalayak. Tambahan pula Raul juga sudah bebas daripada ikatan rumah tangga.
‘’Saya ingin mendapat berkat dari Tuhan. Kerana tak baik hubungan yang serius tapi kami tak ada ikatan. Insya-Allah Januari saya baru bisa memberikan pernyataan,” kata KD sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai.

Raul sudah rasmi bercerai dengan Silvalay Noor Athalia pada 21 Disember lalu. KD juga bahagia kerana hubungannya diterima baik oleh kedua-dua anaknya,  Aurell Titania Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan