Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

Agnes Monica akui penat

MENEMPA kejayaan dalam dunia glamor di usia yang muda bukanlah sesuatu yang mudah buat penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica.
Malah, empunya dirinya juga mengaku segala usahanya itu terpaksa dibayar dengan jerit perih yang ditimba selama ini.
"Kalau nak kata lelah, itu memang berbaloi. Tetapi kalau nak kata penat, ya memang saya penat. Tapi kalau tak mahu usaha baik tidur sahaja di rumah.
"Saya mahu impian yang lebih besar, maka saya harus berdiri sendiri supaya boleh mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Tak dinafikan, ia adalah satu ujian yang besar buat saya sebagai seorang anak seni," katanya.
Dalam pada itu, kata Agnes, sebagai manusia, tidak salah untuk dirinya bermimpi.
"Tak salah pun kalau kita bermimpi sebab dengan bermimpi maka semua kemahuan akan wujud.
"Tetapi sebagai manusia biasa, mimpi itu perlu disertai dengan doa kepada Tuhan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan