Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Ahad

Taufik perlu kudrat 'muda' jika ingin kalahkan Chong Wei

KUALA LUMPUR - Juara Olimpik 2004 Taufik Hidayat akui bahawa dia memerlukan kecergasan pada zaman mudanya dahulu seandainya mahu mengalahkan pemain No. 1 Dunia Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Terbuka Malaysia hari ini.
Taufik yang hanya mampu memperoleh kemenangan sekali ke atas pemain dari Malaysia itu pada Kejohanan Dunia tahun lalu memberitahu bahawa prestasi Chong Wei kini berada pada tahap yang terbaik selain sukar untuk ditundukkan.
Malah, rekod pertemuannya yang selalu kalah apabila bertemu Chong Wei mungkin memerlukan pemain nombor satu Indonesia itu melonjakkan prestasinya ke tahap yang lebih tinggi lagi daripada biasa untuk menjadikan perlawanan hari ini menjadi lebih sengit.
''Saya telah bersedia untuk bertemu Chong Wei untuk perlawanan akhir nanti. Sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik esok (hari ini) dan saya harap perlawanan itu akan menjadi lebih baik berbanding hari ini (semalam).
''Tahap prestasi Chong Wei semakin baik ketika ini dan apa yang saya mahukan pada perlawanan esok ialah saya mahu menjadi seperti waktu muda dahulu untuk menewaskan pemain itu," kata Taufik kepada pemberita selepas tamat perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.
Pada perlawanan separuh akhir semalam, Taufik lebih mudah untuk mengatasi rakan senegaranya, Simon Santosa pada set pertama dengan keputusan 21-15.
Bagaimanapun tumpuan pemain pilihan kedua kejohanan itu sedikit terganggu pada set kedua sehingga membolehkan Simon untuk merapatkan kedudukan sebelum kemenangan berpihak kepada Taufik dengan keputusan 21-15 21-19.
''Saya agak terburu-buru tadi pada set kedua kerana mahu menamatkan perlawanan dengan cepat sehingga memberi ruang kepada Simon mengejar kedudukan mata.
''Saya sudah biasa bermain dengan Simon sebelum ini malah corak permainan dia juga semakin bertambah baik selepas pulih daripada kecederaan," kata Taufik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan