Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Sabtu

Scha tidak mahu bertunang

ADAT orang Melayu, sesebuah gerbang perkahwinan itu akan ditempuh secara berperingkat-peringkat melalui beberapa upacara sampingan.
Bermula dengan majlis merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah, barulah ikatan sah itu dilihat lengkap untuk melayari bahtera perkahwinan yang diharap berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun bagi aktres yang mencipta populariti menerusi drama rantaian Awan Dania, Scha Alyahya, 28, dia lebih suka jika tidak melalui semua peringkat tersebut kerana ia meremehkan.
Tuturnya, kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah.
"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.
"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha mengenai hubungannya bersama pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari, 30.
Tatkala ditebak pertanyaan bilakah tanggal keramat untuk kedua-dua selebriti itu bergelar raja sehari, Scha menjawab, ketentuan jodoh ditentukan Yang Maha Esa. Tambahnya, jika Allah SWT mengizinkan mereka menjadi pasangan suami isteri, jodoh itu tidak akan ke mana.
"Hubungan kami memang serius, malah kami juga pernah berborak tentang perkahwinan termasuklah perbincangan bersama keluarga.
"Nampak gayanya, belum lagi ada kata putus memandangkan kami berdua terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.
"Kalau boleh, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Carefree Girl Bebaskan Bakatmu di Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan