Visitor

Click Nuffnang or Advertlets Make Money

CLICK MAKE MONEY

Rabu

Nora Danish Bukan Dalang Hubungan Putus Cinta Fasha & Jejai

Lagi cerita putus cinta Fasha Sandha & Jejai menjengah muka anda pagi ini. Hari ini, Hmetro melaporkan bahawa Nora Danish berasa lega apabila tidak lagi dikaitkan dengan kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai.
Seperti yang kami paparkan dalam entri Kronologi Hubungan Fasha Sandha & Jejai, Sudah Lama Putus Cinta, hubungan Fasha & Jejai memang sudah lama terputus, kira-kira 2 bulan sebelum pemergian Fasha Sandha ke Bali.
Walaupun selepas hampir 3 tahun bercerai, pergolakan hubungan Fasha & Jejai kerap kali dikaitkan dengan Nora Danish, dan situasi itu membuatkan Nora Danish kerap bersedih. Namun, dia mengambil sikap mendiamkan diri & membiarkan waktu sahaja yang menentukan kebenarannya. Nora Danish juga menyatakan bahawa dia sedang mengenali seseorang seperti yang diluahkan oleh Jejai, semalam.
Namun, sumber terdekat kami menyatakan kemungkinan besar Fasha Sandha & Jejai akan berbaik semula. Hasil daripada survey seramai 4127 responden, sebanyak 82% bersamaan 3397 undian tidak bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Manakala, 18% bersamaan 730 undian bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Fuh, tidak ramai sebenarnya yang merestui hubungan cinta mereka berdua.
Dalam edisi terbaru majalah Stailista, Fasha Sandha telah diambil sebagai covergirl untuk majalah tersebut. Namun, tajuk utama majalah tersebut tidak relevan lagi untuk dibaca.

1 ulasan: