
Hmetro melaporkan, Jejai dalam emailnya mengesahkan perpisahan hubungannya dengan Fasha Sandha sudah berakhir & menegaskan bahawa Nora Danish tidak sama sekali terlibat dengan perpisahan itu. Menurut Jejai, Nora Danish tidak pernah masuk campur urusan peribadinya, dan apa yang berlaku antara dia & Fasha sehingga berpisah memang tiada kena mengena dengan pihak ketiga.
Jejai juga mengesahkan bahawa bekas isterinya, Nora Danish bukan seorang yang gila talak & sedang mengenali seseorang. Malah, Jejai sendiri turut mengenali lelaki tersebut.
Sah, Jejai sudah kembali single. Kami pasti ramai gadis hot & gorgeous yang berkejar-kejar untuk mendampingi Jejai. Fuh, untungnya kalau nama kami pun Jejai, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan