

Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari.


Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.
“Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,” kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, sekitar awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar.

Gambar Jejai & Nora Danish bercuti di Jepun bersama Rayqal.
Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.
Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish.
Berita kredit: Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) & Twitter Fasha Sandha.
Honestly Fasha is full of crap. U were the cause of Nora Danish divorce n now she ain't happy with what happen. There is this saying a bad workman will only blame his tools. That is what Fasha is doing now. Karma Fasha. Just remember that. U deserve what u got. So stop yakking n start thinking for what u have done to deserve this.
BalasPadamntah pa per fasha nie. suka ati nora la nak wat statmen apa...dah la penyebab rumahtangga org runtuh.. nak jd diva lak dlm drama rumahtangga org... buat jahat dibalas jahat... jgn salahkan nora memang dia tak bersalah. suka ati nora juga dia nak rapat ngan keluarga jejai.....ko pe hal??!
BalasPadam